Sunday 27 November 2016

LANGKAH KE SYURGA



ASSALAMUALAIKUM WBT

Selamat berhujung minggu. Makan apa tengahari ni? Jika masih tercari - cari tempat untuk menikmati juadah tengahari apakata datang sahaja ke Restoran Mabiq di Tanjung Lumpur. Terdapat pelbagai juadah seperti Paeh Patin tempoyak dan Daging Salai yang pastinya dapat memuaskan selera anda.

Sambil makan tu boleh lah intai-intai ke sudut jualan wakaf kami. Kini Restoran Mabiq ada membuat jualan wakaf selipar masjid yang bertujuan untuk pembangunan Kompleks Mabiq yang bakal dibina.

Anda boleh membeli selipar tersebut dengan harga hanya RM50 (ada 5 pasang selipar) dan boleh diwakafkan di mana-mana masjid atau surau pilihan anda. InsyaAllah dengan modal yang sedikit ini bakal mendatangkan pahala kepada anda. Segala keuntungan jualan juga akan digunakan sepenuhnya untuk pembangunan Kompleks MABIQ.

Sehubungan itu, pihak Restoran Mabiq terdahulunya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang tak pernah berhenti memberi sokongan kepada pendidikan dan pembangunan MABIQ. Semoga Allah sahaja membalas jasa baik anda semua. 

* news 

No comments:

Post a Comment