Saturday, 26 November 2016

LANGKAH KE SYURGA



ASSALAMUALAIKUM WBT

Selamat berhujung minggu. Makan apa tengahari ni? Jika masih tercari - cari tempat untuk menikmati juadah tengahari apakata datang sahaja ke Restoran Mabiq di Tanjung Lumpur. Terdapat pelbagai juadah seperti Paeh Patin tempoyak dan Daging Salai yang pastinya dapat memuaskan selera anda.

Sambil makan tu boleh lah intai-intai ke sudut jualan wakaf kami. Kini Restoran Mabiq ada membuat jualan wakaf selipar masjid yang bertujuan untuk pembangunan Kompleks Mabiq yang bakal dibina.

Anda boleh membeli selipar tersebut dengan harga hanya RM50 (ada 5 pasang selipar) dan boleh diwakafkan di mana-mana masjid atau surau pilihan anda. InsyaAllah dengan modal yang sedikit ini bakal mendatangkan pahala kepada anda. Segala keuntungan jualan juga akan digunakan sepenuhnya untuk pembangunan Kompleks Mabiq.

Sehubungan itu, pihak Restoran Mabiq terdahulunya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang tak pernah berhenti memberi sokongan kepada pendidikan dan pembangunan Mabiq. Semoga Allah sahaja membalas jasa baik anda semua. 

Monday, 7 November 2016

MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN MABIQ



Terfikir-fikir nak makan apa tengahari ni??

Jemputlah datang ke Restoran Mabiq. Restoran kami menyediakan pelbagai menu masakan Pahang yang pastinya dapat memuaskan selera anda antaranya daging salai masak lemak, daging salai masak kicap, paeh patin, patin gulai tempoyak dan banyak lagi .

Restoran kami beroperasi pada setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang.


Jemputlah datang beramai-ramai & terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda kepada restoran maahad kami.

Saturday, 10 September 2016

IKAN PEKASAM GORENG MABIQ. RM6 SEBUNGKUS


IKAN PEKASAM GORENG MABIQ - RM 6 SEBUNGKUS

PEKASAM YANG SIAP DIGORENG GARING YANG PASTINYA MENGIURKAN

UNTUK RASA YANG LEBIH KAW, TAMBAHKAN BAWANG, LADA DAN PERAHAN ASAM LIMAU. PASTI TERANGKAT. 

UNTUK ANDA YANG DATANG MAKAN KE RESTORAN MABIQ, IKAN PEKASAM GORENG DAN DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API ADALAH KOMBINASI YANG PASTI MEMIKAT SELERA. SEKALI CUBA PASTI NAK LAGI.


UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI

USTAZ JAMAL :       016-954 1234
USTAZAH UMEE :   016-953 5699














SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Saturday, 14 May 2016

JAWATAN KOSONG !!

PIHAK RESTORAN MABIQ MENAWARKAN 5 JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU PENGURUSAN RESTORAN DENGAN GAJI RM1,200 SEBULAN.
SYARAT TAWARAN INI TERBUKA KEPADA:
1. PEREMPUAN MELAYU SHJ
2. LULUSAN DIPLOMA (KEUTAMAAN KULINARI/HOTEL KATERING)
3. SOLAT 5 WAKTU
4. RAJIN
5 SANGGUP KERJA LEBIH MASA
6. PATUH PADA ARAHAN KETUA
7.MENUTUP AURAT DENGAN BETUL

JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI USTAZAH UMEE DI TALIAN 016-9535699

TALAPIA BAKAR ASAM BELIMBING!!