Restoran MABIQ mempunyai dua jenis menu berasaskan ikan patin iaitu Paeh Patin dan Patin Masak Gulai Tempoyak. Keistimewaan Paeh Patin (Pais Patin) Restoran MABIQ menggunakan ikan patin dan tempoyak yang berkualiti tinggi. Selain daripada itu, patin diperap sebentar bagi ramuan menyerap masuk sebelum dibakar.
Paeh Patin yang belum dibungkus
Paeh Patin sedang dibakar
Paeh Patin yang siap dibakar
HARGA PAEH PATIN MABIQ
BADAN: RM 9.00
KEPALA: RM 10.00
EKOR: RM 10.00
Nota:
Paeh Patin juga dikenali Pais Patin, Paeh adalah adalah sejenis masakan yang diperap dan dibalut dengan daun pisang dan dibakar atau dikukus.
Restoran MABIQ adalah restoran yang berkonsepkan masakan asli Negeri Pahang. Oleh hal sedemikian, menu ikan patin masak tempoyak adakah kekuatan/ competitive advantage bagi restoran ini selain paeh patin. Restoran MABIQ kategorikan tiga bahagian ikan patin iaitu bahagian kepala, ekor, dan badan bagi sesuai citarasa pelanggan.
Patin Masak Gulai Tempoyak- Bahagian Kepala Harga: RM 9.00/Ketul
Patin Masak Gulai Tempoyak- Bahagian Ekor Harga: RM 9.00/Ketul
Patin Masak Gulai Tempoyak -Bahagian Badan Harga: RM 8.00/Ketul INFO:
Harga, kualiti, dan kuantiti Patin Masak Gulai Tempoyak Restoran MABIQ di Kampung Peramu dan Restoran MABIQ2 di Tanjung Lumpur adalah sama.
Ikan Patin (Pangasius Sutchi) adalah hidupan air tawar.
Ikan Patin yang dijual secara komersial diternak secara kolam dan sangkar.
Restoran MABIQ menggunakan Ikan Patin yang diternak secara sangkar kerana kualiti ikan lebih baik.
Ikan Patin mempunyai kandungan lemak rendah dan tinggi protin
sumber Omega 3, kaya protin, sederhana-rendah lemak tepu, sifar karbohidrat, 60% kalori daripada protin, 40% adalah lemak.
SELAIN NASI BERLAUK DAGING SALAI SEBAGAI MENU UTAMA SARAPAN PAGI DI RESTORAN MABIQ, KAMI JUGA MENYEDIAKAN MENU SARAPAN PAGI KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA IAITU :
NASI LEMAK.
PARA PELANGAN BOLEH MEMILIH LAUK SAMPINGAN YANG BOLEH DIMAKAN BERSAMA NASI LEMAK SEPERTI AYAM GORENG, KELI GORENG, TEMPE, DLL.
MOH KITE SARAPAN PAGI DI MABIQ 2..
WAKTU OPERASI JAM 9.00 PAGI SETIAP HARI KECUALI HARI JUMAAT.
Salai adalah salah satu kaedah pengawetan menggunakan cara traditional. Terdapat dua cara kaedah ini iaitu penyahhidratan dan sifat-sifat antibakteria asap yang diserap.
Daging Salai Restoran MABIQ disalai selama 10-11 jam.
Restoran MABIQ mula ditubuhkan pada 1 Januari 2010. Tempat makan restoran ini pada asalnya adalah tempat makan pelajar-pelajar Hafiz Al-Quran. Oleh kerana masalah kewangan MABIQ yang sangat terdesak pada ketika itu, MABIQ terpaksa mengadakan jualan makanan pada orang ramai dengan niat 100% keuntungan disedekahkan kepada pendidikan dan pembangunan Maahad Tahfiz MABIQ.
Alhamdulillah, sejak Mac 2010 melalui program TV3 "Jalan-Jalan Cari Makan" progtam TV9 "Menu Alam" dan program TV AL-HIJRAH, Restoran MABIQ mula mendapat perhatian dan sokongan orang ramai.
Restoran Mabiq 2 (berhadapan Hospital KPJ) ada menjual juadah berbuka puasa. Anda juga boleh membuat tempahan (bungkus) dengan cara hubungi no.tel: 016-963 5699 Antara juadah yang disediakan adalah:
Restoran Mabiq 2 (berhadapan hospital KPJ Tg.Lumpur) beroperasi seperti biasa pada Hari ini. Kedai yg Luas & tempat duduk yg banyak pasti dapat memberi keselesaan kepada pelanggan. Kami juga menyediakan pelbagai jenis lauk pauk enak selain PAEH PATIN TEMPOYAK, DAGING SALAI & PATIN GULAI TEMPOYAK yg pasti dapat memenuhi citarasa anda. Tunggu apa lagi, jemput datang ke Restoran MABIQ 2 hari ini.. 😊😊
🍽️ Waktu operasi Restoran MABIQ 2
Setiap Hari KECUALI Jumaat bermula seawal 10.00pagi hingga 4.30ptg
🍽️ Restoran MABIQ 1 (belakang yayasan pahang) ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Kami Mohon maaf atas segala kesulitan.
Jemputlah datang ke Restoran Mabiq. Restoran kami menyediakan pelbagai menu masakan Pahang yang pastinya dapat memuaskan selera anda antaranya daging salai masak lemak, daging salai masak kicap, paeh patin, patin gulai tempoyak dan banyak lagi .
Restoran kami beroperasi pada setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang.
Jemputlah datang beramai-ramai & terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda kepada restoran maahad kami.
PEKASAM YANG SIAP DIGORENG GARING YANG PASTINYA MENGIURKAN
UNTUK RASA YANG LEBIH KAW, TAMBAHKAN BAWANG, LADA DAN PERAHAN ASAM LIMAU. PASTI TERANGKAT.
UNTUK ANDA YANG DATANG MAKAN KE RESTORAN MABIQ, IKAN PEKASAM GORENG DAN DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API ADALAH KOMBINASI YANG PASTI MEMIKAT SELERA. SEKALI CUBA PASTI NAK LAGI.