Saturday 21 November 2015

JUMAAT SAHAJA TUTUP!!!

BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA! RESTORAN MABIQ AKAN BEROPERASI SETIAP HARI KECUALI JUMAAT SAHAJA TUTUP..BERMULA 11 PAGI HINGGA 4 PETANG...SELAMAT MENJAMU SELERA!

Wednesday 7 October 2015

JAWATAN KOSONG!

KAMI MEMERLUKAN TUKANG MASAK DAN PEMBANTU DEWAN MAKAN MABIQ
UNTUK MEMBERI MAKAN ANAK-ANAK TAHFIZ MABIQ, 5 KALI SEHARI
MEREKA YANG BERPENGALAMAN AMAT DIALU-ALUKAN..

Saturday 12 September 2015

RESTORAN MABIQ TUTUP 2 HARI PADA HARI RAYA KORBAN...

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT IBADAH KORBAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. RESTORAN MABIQ AKAN MULA TUTUP PADA HARI RABU DAN KHAMIS IAITU 23 DAN 24 SEPT INI , JUMAAT DAN SABTU TUTUP SEPERTI BIASA DAN AKAN MULA BUKA PADA HARI AHAD 27 SEPT 2015...SELAMAT HARI RAYA..
                            KEPADA YANG BERMINAT MENYERTAI IBADAH KORBAN ANJURAN MABIQ DI KEMBOJA BOLEH HUBUNGI KAMI. MAAF KORBAN UTK ROHINGYA DI ACEH SUDAH PENUH..

Wednesday 12 August 2015

UST AZHAR IDRUS AKAN DATANG KE MABIQ PANTAI SEPAT!!


INGAT, DI MABIQ PANTAI SEPAT YE..BUKAN DI RESTORAN MABIQ TANJUNG LUMPUR. 
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA!

Sunday 2 August 2015

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH! SALAM AIDILFIRTRI...

TERIMA KASIH BANYAK -BANYAK...ITULAH UNGKAPAN YG PALING SESUAI MENGGAMBARKAN RASA TERHARU KAMI DENGAN SOKONGAN SEMUA PIHAK SEPANJANG BAZAR RAMADAN MABIQ DIADAKAN!

DARI AWAL RAMADAN HINGGA HARI AKHIR KUNJUNGAN DAN SOKONGAN ANDA SEMUA HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALASNYA...TERIMA KASIH SEKALI LAGI DARIPADA SEMUA WARGA MABIQ DAN RESTORAN MABIQ..SALAM AIDILFITRI!

Tuesday 23 June 2015

BAZAR RAMADHAN MABIQ


Assalamualaikum....
 kepada anda yang masih tercari-cari manu untuk berbuka puasa dan tidak suka dengan kesibukan di bazar ramadhan, jemputlah datang ke Bazar Ramadhan MABIQ. kami ada menyediakan pelbagai manu istimewa masakan Pahang seperti Paeh patin, Daging salai, gulai ikan patin, sambal bilis tempoyak, rebung perut masak lemak dan lain-lain. selain itu kami juga ada sediakan kuih muih dan pelbagai jenis minuman sebagai pelengkap bagi hidangan iftar. tidak ketinggalan anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kuih raya di Restoran MABIQ.

Friday 5 June 2015

RESTORAN MABIQ DIBUKA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1436H

ASSALAMUALAIKUM WBT...

dah masuk ke bulan Jun bermakna dah tak lama lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. begitu pantas masa berlalu semoga kita diberi peluang dan kesempatan untuk menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan ini. bila dah masuk bulan Ramadhan pasti ramai yang mencari- cari tempat yang menarik untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dan pasti ramai yang tertanya-tanya, Restoran Mabiq beroperasi atau tak. 

Untuk makluman tuan/puan, Restoran Mabiq akan tetap beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, In Sha Allah  pada 1 Ramadhan hingga 29 Ramadhan 1436H, bersamaan 18 Jun hingga 16 Julai 2015. Jualan akan bermula pada jam 3 petang sehingga 6 petang pada setiap hari termasuk pada Jumaat dan Sabtu untuk jualan bungkus sahaja. 

Dijemput orang ramai datang ke Restoran Mabiq Tanjung Lumpur bagi mendapatkan pelbagai juadah istimewa Mabiq. Semestinya manu utama Restoran Mabiq iaitu daging salai, gulai tempoyak ikan patin dan tentunya paih patin akan disediakan bagi memenuhi selera anda disambing terdapat pelbagai lagi juadah istimewa yang lain antaranya bubur lambuk, pelbagai jenis kuih muih dan  minuman yang tersedia. kedatangan anda pastinya akan lebih memeriahkan suasana dan pihak Restoran Mabiq terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kesudian anda untuk datang berkunjung. 





Tuesday 5 May 2015

MAJLIS KESYUKURAN DI RESTORAN MABIQ BERSEMPENA KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 30 JUZUK PELAJAR MABIQ


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 1 Mei 2015 (Jumaat) yang lalu MABIQ telah mengadakan majlis kesyukuran yang bertempat di Restoran MABIQ bersempena dengan khatam hafazan Al-Quran 30 Juzuk pelajar MABIQ dan juga bersempena 5 tahun penubuhan Restoran MABIQ. Walaupun sekadar majlis sederhana tetapi ia cukup meriah dengan kehadiran pengunjung dari kawasan sekitar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis kami pada hari tersebut.  



Meraikan Mohd Shahizwan bin Kamaruzaman. Alhamdulillah bertambah lagi bilangan anak MABIQ yang telah khatam hafazan Al-Quran.


anak- anak MABIQ memilih lauk-pauk dan menjamu selera bersama guru.


 warga Restoran MABIQ tidak ketinggalan nak bergambar...

 Uatazah Umee bersama keluarga...

 Ustazah Umee bersama para pekerja Restoran MABIQ...

 Nenek pun nak pose jugak...

 Ustazah Umee bersama Mak Engku



 para tetamu memilih juadah yang tersedia antaranya daging salai masak lemak cili api, gulai patin tempoyak, ikan pekasam, buah-buahan, ulam-ulaman dan banyak lagi...



 antara barisan tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

 Pelajar yang dirai, mohd shahizwan bin kamaruzaman.


suasana ketika majlis khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk.

* about

Monday 4 May 2015

SEJARAH PENUBUHAN

MaBIQ
Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran

Maahad Ilmu dan Bahasa Al-Quran atau MABIQ adalah sebuah maahad tahfiz 

al-quran, akedemik, dan kemahiran yang berkonsepkan

BARISAN PENGGERAK RESTORAN MABIQ


ASSALAMUALAIKUM  W.B.T

Dalam entry kali ni just nak selitkan sikit gambar sebahagian daripada barisan penggerak restoran MABIQ Tanjung Lumpur ni. Walaupun

TARIKAN TERBARU DI MABIQ BUAT SI KECIL ANDA

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

dah lama tak update blog MABIQ ni ya...
nak cerita sikit je tentang tarikan terbaru di MaBIQ peramu ni... sekarang dah

RESTORAN DIBUKA SEPANJANG CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah telah bermula dari 14 Mac, namun anda tidak perlu risau kerana RESTORAN MABIQ 

akan terus dibuka kepada orang ramai sepanjang cuti sekolah berlansung iaiti dari hari

 AHAD-KHAMIS. Anda boleh datang ke RESTORAN MABIQ untuk mendapatkan pelbagai juadah 

istimewa kami pada harga yang berpatutan. Kepada anada yang masih tercari-cari lauk asli masakan

 pahang di sekitar kuantan, anda boleh datang ke  RESTORAN MABIQ kami yang bertempat di KG 

Peramu,Tg.Lumpur, Kuantan.


Antara barisan lauk yang ditawarkan sepanjang cuti sekolah.


Paeh patin bakar


Ikan Patin masak gulai tempoyak

daging salai dan perut masak lemak cili api

Daging salai masak kicap

ikan perkasam goreng

Lempung masak sambal berlada

Sambal tempoyak ikan bilis dan jering


Kerabu MABIQ







* news

PRODUK RESTORAN MABIQ



Selain dari masakan panas dan kuih-muih, RESTORAN MABIQ turut menawarkan beberapa

Friday 13 March 2015

Rutin staff pada Hari Jumaat

Kelas Fardhu a'in sekitar waktu pagi

Untuk menyerpunakan keperluan ilmu fardhu ain dikalangan pekerja, Ustazah Umee selaku Pembantu Pengurus Pentadbiran sendiri turut turun padang berkongsikan ilmunya bersama staff restoran. kelas yang dijalankan selalunya tidak mengambil masa yang panjang, namun ringkas dan padat.

Antara gambaran jelas sesi kelas fardhu a'in berjalan :







MABIQ TUTUP PADA HARI JUMAAT & SABTU

Harap maklum Restoran MaBIQ ditutup pada hari jumaat dan sabtu..

Restoran MaBIQ ditutup pada orang ramai pada hari jumaat untuk memberi laluan kepada hari solat jumaat & bagi menghormati hari jumaat selaku pengulu segala hari. manakala hari sabtu pula ditutup untuk penyedian bahan mentah bagi memudahkan urusan niaga hari ahad. Restoran MaBIQ kami hanya beroperasi pada hari ahad-khamis, ini bermakna hanya lima hari dalam seminggu. Pada hari cuti seperti jumaat dan sabtu anda boleh  membuat urusan jual beli daging frozen kami, seperti daging salai dan perkasam sejuk beku. harga yang kami tawarkan sangat berpatutan. pada pelanggan yang berminat, anda boleh dapatkan harga daging salai sejuk beku pada harga serendah RM 24 sepeket manakala perkasam frozen pula hanya RM 6 sebungkus. untuk pertanyaan lebih lanjut,anda bole menghubungi pejabat kami di talian : 09-5341639.







Daging salai - RM 24 per/ bungkus





Ikan Perkasam - RM 6 per/ bungkus

Thursday 26 February 2015

positive comment by customer

rugi kalau datang kuantan kalau tak datang sini......
antara komen terbaik dari salah seorang pelanggan kami yang berpuas hati dengan hidangan dan harga yang ditawarkan.

Secangkir rasa pembuka bicara..

assalamualaikumwarrohmatullahiwabarrokatuh dan salam sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Blog ini diwujudkan khas buat anda yang ingin mengetahui secara lanjut mengenai restoran mahupun segala aktiviti yang kami jalankan seharian.

Admin tergerak untuk mewujudkan blog ini bagi mengongsikan segala aktiviti yang restoran kami jalankan. Blog ini juga bertujuan untuk memudahkan anda mendapatkan info lanjut mengenai restoran kami. segala pertanyaan dan berita terkini akan kami muatkan buat anda.

segala pembaharuan dan cadangan boleh diajukan untuk dikongsi bersama,
terima kasih.