Tuesday 23 June 2015

BAZAR RAMADHAN MABIQ


Assalamualaikum....
 kepada anda yang masih tercari-cari manu untuk berbuka puasa dan tidak suka dengan kesibukan di bazar ramadhan, jemputlah datang ke Bazar Ramadhan MABIQ. kami ada menyediakan pelbagai manu istimewa masakan Pahang seperti Paeh patin, Daging salai, gulai ikan patin, sambal bilis tempoyak, rebung perut masak lemak dan lain-lain. selain itu kami juga ada sediakan kuih muih dan pelbagai jenis minuman sebagai pelengkap bagi hidangan iftar. tidak ketinggalan anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kuih raya di Restoran MABIQ.

Friday 5 June 2015

RESTORAN MABIQ DIBUKA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1436H

ASSALAMUALAIKUM WBT...

dah masuk ke bulan Jun bermakna dah tak lama lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. begitu pantas masa berlalu semoga kita diberi peluang dan kesempatan untuk menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan ini. bila dah masuk bulan Ramadhan pasti ramai yang mencari- cari tempat yang menarik untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dan pasti ramai yang tertanya-tanya, Restoran Mabiq beroperasi atau tak. 

Untuk makluman tuan/puan, Restoran Mabiq akan tetap beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, In Sha Allah  pada 1 Ramadhan hingga 29 Ramadhan 1436H, bersamaan 18 Jun hingga 16 Julai 2015. Jualan akan bermula pada jam 3 petang sehingga 6 petang pada setiap hari termasuk pada Jumaat dan Sabtu untuk jualan bungkus sahaja. 

Dijemput orang ramai datang ke Restoran Mabiq Tanjung Lumpur bagi mendapatkan pelbagai juadah istimewa Mabiq. Semestinya manu utama Restoran Mabiq iaitu daging salai, gulai tempoyak ikan patin dan tentunya paih patin akan disediakan bagi memenuhi selera anda disambing terdapat pelbagai lagi juadah istimewa yang lain antaranya bubur lambuk, pelbagai jenis kuih muih dan  minuman yang tersedia. kedatangan anda pastinya akan lebih memeriahkan suasana dan pihak Restoran Mabiq terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kesudian anda untuk datang berkunjung.