Monday 4 May 2015

SEJARAH PENUBUHAN

MaBIQ
Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran

Maahad Ilmu dan Bahasa Al-Quran atau MABIQ adalah sebuah maahad tahfiz 

al-quran, akedemik, dan kemahiran yang berkonsepkan
kebajikan anak-anak yatim dan

 fakir miskin. Diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin bin Abd Jabbar dan isterinya, Umee

 Ruziani bt Abd Ghani. Pada 3 januari 2007 MaBIQ telah membangunkan sebuah

 maahad  di atas Lot 29378 Kg.Peramu Tanjung Lumpur  Kuantan Pahang yang

 berkeluasan tidak sampai ¼ ekar. Berikut pada tahun 2010, MaBiq telah

 membangunkan sebuah restoran milik penuh mereka di MaBIQ Tg Lumpur. Pada 

13 Jan 2011 Mabiq telah membuka sebuah lagi cawangannya diatas Madrasah 

Al-Fatihah di Kg.Bukit Genting Tebing Tinggi, Jerantut Pahang. Pada 1 januari  2013

 MaBIQ membuka sebuah lagi cawangannya di Kg Sepat Penor Kuantan Pahang atas 

nama MaBIQ Pantai Sepat. Kini Febuari 2015 MaBIQ telah mempunyai lebih dari 90 

orang pelajar  dan lebih daripada 40 orang kakitangan yang terbahagi kepada beberapa 

sektor penting seperti pentadbiran, tenaga pengajar di maahad, pekerja dapur math’am 

dan pembantu am. Di awal penubuhan MaBIQ, mahad ini telah menjadikan MaBIQ di

 tanjung lumpur sebagai pusat pendidikan buat pelajar mahaad dan anak yatim, 

Walaubagaimanapun ia telah membuka restoran yang bernaung di bawah MaBIQ 

sepenuhnya, iaitu restoran MaBIQ. Restoran ini ditubuh untuk menampung

 perbelanjaan mahaad di MaBIQ. 100% keuntungan restoran merupakan milik mahaad

 sepenuhnya. Satu-satunya restoran milik penuh MaBIQ, hanya di MaBIQ Tanjung 

Lumpur, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia.


* about

No comments:

Post a Comment