Friday, 5 June 2015

RESTORAN MABIQ DIBUKA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1436H

ASSALAMUALAIKUM WBT...

dah masuk ke bulan Jun bermakna dah tak lama lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. begitu pantas masa berlalu semoga kita diberi peluang dan kesempatan untuk menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan ini. bila dah masuk bulan Ramadhan pasti ramai yang mencari- cari tempat yang menarik untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dan pasti ramai yang tertanya-tanya, Restoran Mabiq beroperasi atau tak. 

Untuk makluman tuan/puan, Restoran Mabiq akan tetap beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, In Sha Allah  pada 1 Ramadhan hingga 29 Ramadhan 1436H, bersamaan 18 Jun hingga 16 Julai 2015. Jualan akan bermula pada jam 3 petang sehingga 6 petang pada setiap hari termasuk pada Jumaat dan Sabtu untuk jualan bungkus sahaja. 

Dijemput orang ramai datang ke Restoran Mabiq Tanjung Lumpur bagi mendapatkan pelbagai juadah istimewa Mabiq. Semestinya manu utama Restoran Mabiq iaitu daging salai, gulai tempoyak ikan patin dan tentunya paih patin akan disediakan bagi memenuhi selera anda disambing terdapat pelbagai lagi juadah istimewa yang lain antaranya bubur lambuk, pelbagai jenis kuih muih dan  minuman yang tersedia. kedatangan anda pastinya akan lebih memeriahkan suasana dan pihak Restoran Mabiq terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kesudian anda untuk datang berkunjung. 





Tuesday, 5 May 2015

MAJLIS KESYUKURAN DI RESTORAN MABIQ BERSEMPENA KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 30 JUZUK PELAJAR MABIQ


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pada 1 Mei 2015 (Jumaat) yang lalu MABIQ telah mengadakan majlis kesyukuran yang bertempat di Restoran MABIQ bersempena dengan khatam hafazan Al-Quran 30 Juzuk pelajar MABIQ dan juga bersempena 5 tahun penubuhan Restoran MABIQ. Walaupun sekadar majlis sederhana tetapi ia cukup meriah dengan kehadiran pengunjung dari kawasan sekitar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis kami pada hari tersebut.  



Meraikan Mohd Shahizwan bin Kamaruzaman. Alhamdulillah bertambah lagi bilangan anak MABIQ yang telah khatam hafazan Al-Quran.


anak- anak MABIQ memilih lauk-pauk dan menjamu selera bersama guru.


 warga Restoran MABIQ tidak ketinggalan nak bergambar...

 Uatazah Umee bersama keluarga...

 Ustazah Umee bersama para pekerja Restoran MABIQ...

 Nenek pun nak pose jugak...

 Ustazah Umee bersama Mak Engku



 para tetamu memilih juadah yang tersedia antaranya daging salai masak lemak cili api, gulai patin tempoyak, ikan pekasam, buah-buahan, ulam-ulaman dan banyak lagi...



 antara barisan tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

 Pelajar yang dirai, mohd shahizwan bin kamaruzaman.


suasana ketika majlis khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk.

* about

Monday, 4 May 2015

SEJARAH PENUBUHAN

MaBIQ
Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran

Maahad Ilmu dan Bahasa Al-Quran atau MABIQ adalah sebuah maahad tahfiz 

al-quran, akedemik, dan kemahiran yang berkonsepkan

BARISAN PENGGERAK RESTORAN MABIQ


ASSALAMUALAIKUM  W.B.T

Dalam entry kali ni just nak selitkan sikit gambar sebahagian daripada barisan penggerak restoran MABIQ Tanjung Lumpur ni. Walaupun

TARIKAN TERBARU DI MABIQ BUAT SI KECIL ANDA

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

dah lama tak update blog MABIQ ni ya...
nak cerita sikit je tentang tarikan terbaru di MaBIQ peramu ni... sekarang dah

RESTORAN DIBUKA SEPANJANG CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah telah bermula dari 14 Mac, namun anda tidak perlu risau kerana RESTORAN MABIQ 

akan terus dibuka kepada orang ramai sepanjang cuti sekolah berlansung iaiti dari hari

 AHAD-KHAMIS. Anda boleh datang ke RESTORAN MABIQ untuk mendapatkan pelbagai juadah 

istimewa kami pada harga yang berpatutan. Kepada anada yang masih tercari-cari lauk asli masakan

 pahang di sekitar kuantan, anda boleh datang ke  RESTORAN MABIQ kami yang bertempat di KG 

Peramu,Tg.Lumpur, Kuantan.


Antara barisan lauk yang ditawarkan sepanjang cuti sekolah.


Paeh patin bakar


Ikan Patin masak gulai tempoyak

daging salai dan perut masak lemak cili api

Daging salai masak kicap

ikan perkasam goreng

Lempung masak sambal berlada

Sambal tempoyak ikan bilis dan jering


Kerabu MABIQ







* news

PRODUK RESTORAN MABIQ



Selain dari masakan panas dan kuih-muih, RESTORAN MABIQ turut menawarkan beberapa